Pengenalan Maxis eKelas

15 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis – 14 Oktober 2021, bermula jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang, PIK PPR Taman Malihah telah mengadakan kelas pengenelan mengenai laman sesawang Maxis eKelas. Kelas tersebut diadakan khas untuk pelajar sekolah di sekitar komuniti taman Malihah kerana Maxis eKelas adalah satu kemudahan yang bermanfaat untuk membantu pembelajaran sekolah mereka. Mereka diajar cara mendaftar diri mereka di eKelas dan cara menggunakan laman sesawang tersebut. Subjek yang diutamakan di dalam eKelas adalah subjek STEM iaitu English, Mathematics, Science dan Technology. Pelbagai jenis kelas dan aktiviti yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah termasuk juga pertandingan di mana mereka boleh memenangi hadiah yang lumayan dan berguna untuk membantu proses pembelaan mereka.

Oleh sebab itu, komuniti Taman Malihah diharapkan dapat memanfaat kemudahan percuma yang disediakan oleh pihak Maxis. Proses pembelajaran secara atas talian dan interaktif amatlah relevan pada masa kini dan hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali