Kuiz Minda Kekal Selamat Dalam Talian

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa – 8 Jun 2021, PIK PPR Taman Malihah telah membuat satu kuiz atau permainan minda secara atas talian terbuka kepada semua golongan terutamanya kepada komuniti setempat. Permainan ini berdasarkan Kelas ICT yang pernah diberikan kepada ahli PIK sendiri. Permainan kuiz ini bertujuan untuk menguji tahap pengguna dalam menggunakan internet secara bijak. Kuiz ini juga mendedahkan kepada pengguna agar berhati-hati dalam melayari internet terutamanya dalam Media Sosial.

Selain itu, permainan ini juga memberikan tips atau langkah-langkah dalam mengendalikan laman media dengan selamat seperti Facebook, Emel, Whatsapp, Instagram dan lain-lain.

Melalui permainan ini, diharap setiap pengguna dapat mempelajari tentang penggunaan internet secara bijak dalam kehidupan kita. Banyak pengajaran dan pengetahuan dalam kuiz ini agar dapat bersama membendung penyalahgunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali