Kelas Asas ICT - Desktop

4 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Khamis – 3 Disember 2020, bermula jam 2.30 petang sehingga 3.00 petang, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas asas ICT melibatkan pelajar sekolah rendah. Kelas yang dilangsungkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah cara untuk mengendali komputer. Objektif utama kelas tersebut adalah mengajar cara navigasi di “Desktop” dan tugas yang boleh dibuat. Mereka diajar mengenai ikon-ikon di desktop, cara menyusun dan membuat fail, mengubah rupa dan latar belakang desktop, fungsi taskbar dan searchbar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali