Taklimat Kesedaran Advokasi Klik Dengan Bijak

13 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Rabu, 12 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah menyertai satu program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 di SMK Bako yang dihadiri seramai 273 orang pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2020. Slot taklimat ini adalah jemputan sepenuhnya daripada pihak sekolah terbabit dan PI Kpg Bako. Program ini dijayakan bersama fasilitator PI PPR Taman Dahlia dan PI Kg Bako.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Check your label ialah satu Kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali