Basic ICT: PC Hardware

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019 (Sabtu), kelas Basic ICT: PC Hardware telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Malihah. Kelas ini bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang yang dihadiri oleh 5 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas yang dijalankan bertujuan untuk memberi pengenalan mengenai jenis-jenis perkakasan komputer dan fungsi.

Antara topik yang disentuh adalah “Output Device”, “Input Device”, “Processing Unit” dan “Storage Device”. Selain daripada kelas, kuiz perkakasan komputer turut diadakan selepas habis kelas untuk mengenal pasti tahap kefahaman mereka. Melalui kuiz yang dibuat di laman sesawang kahoot ini juga, sifat kompetitif dapat dipupuk di kalangan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali