MOM, BABY & KIDS FAIR 3.0

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad – 28 April 2019, Pusat Internet Kluster Kuching telah dijemput untuk bersama-sama membuka 'booth' dan memeriahkan program sempena dengan "Mom, Baby & Kids Fair 3.0" yang bertempat di Plaza Merdeka. Program ini bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam. 'Booth' Pusat Internet ini adalah usaha sama dari PI Kg Quop dengan PI Bengoh, PI PPR Taman Malihah, PI Sg. Bandung, PI Sebandi Ulu, PI PPR Taman Dahlia, PI PPR Batu Gong dan PI Kpg. Bra'ang Bayur.

Selain dari Pusat Internet, terdapat juga 'booth' yang menyertai program tersebut terutamanya yang menjual pakaian dan alat-alat kelengkapan bayi dan kanak-kanak. Aktiviti juga dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Mewarna, Pertandingan Peragaan Fesyen dari anak-anak cilik. Pelbagai hadiah ditawarkan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung. Objektif program ini bertujuan untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Sedikit pengetahuan berkaitan e-Sisa adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kami berharap agar aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali