Kursus Keusahawanan Digital Siri/5

31 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu- 30 Mac 2019, Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan Kursus Keusahawanan Digital dan menjemput kami, Pusat Internet PPR Taman Malihah dan Pusat Internet PPR Taman Dahlia sebagai tenaga pengajar kepada persatuan Wanita Kampung Selabat. Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut bersama Pusat Internet Kg Bako yang diadakan di Pusat Internet Kpg Bako selama 9 jam bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

Sesi penyampaian Sijil kepada para peserta telah dihadiri dan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N05 Demak Laut, Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni. Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua peserta Kampung Bako Selabat dan maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak. Para peserta diingatkan supaya menggunakan peluang kemahiran dan pengetahuan Kursus 'Online Marketing' dan Asas Keusahawanan ini dengan sebaik-baiknya untuk direalisasikan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali