TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN ADVOKASI VOL.2

4 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 3 Mei 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu program kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) buat kali kedua (Vol. 2) bertempat di Dewan Abu Bakar As-Siddiq bermula jam 8 sehingga 10.30 pagi. Program ini dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Dahlia.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

  • Jenayah Siber- Hak, tanggungjawab & perlindungan (macam scam, love scam dll)
  • "Check Your Label" & "E-waste"
  • Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama warga SMK(A) SHOAW yang sangat prihatin.

    Jom Klik Dengan Bijak!

    Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

    Kembali Ke Atas

    kembali