Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Advokasi 2019

25 April 2019 | Aktiviti Terkini

Rabu, 24 April 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu program kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 di SMK Matang Jaya Kuching bermula jam 2 sehingga 5 petang. Sekolah ini juga merupakan sekolah angkat bagi Pusat Internet PPR Taman Malihah. Program ini telah dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Dahlia.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama yang cemerlang daripada Pengetua dan warga SMK Matang Jaya.

Jom Klik Dengan Bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali