Bengkel Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan UPSR

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, 28 Julai 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah dijemput untuk satu program Motivasi kepada pelajar Tahun 6 sempena Peperiksaan UPSR 2019. Bengkel ini adalah kerjasama daripada Penceramah Motivasi daripada Guru SMK Hajjah Laila Taib. Bengkel ini diadakan di Maahad tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub (MATTARY) yang terdiri daripada 100 orang pelajar. Tujuan bengkel adalah untuk melatih pelajar dari aspek ketahanan dan sikap yakin diri. Melalui program motivasi ini, para pelajar diperkenalkan tentang teknik mengurus masa yang berkesan.

Perkara itu dapat membantu pelajar mengurus masa dengan bijaksana dan berkesan. Jadi, aktiviti seharian pelajar dapat dijalankan secara teratur kerana masa mereka terisi dengan perkara yang sesuai dan berfaedah. Sebagai contohnya, program seperti itu membantu pelajar membuat perancangan aktiviti harian, mingguan dan bulanan yang berkesan untuk manfaat pelajar. Hal ini memang membuktikan bahawa program tersebut berupaya untuk menjadikan pelajar itu bijak mengurus masa kerana masa itu emas. Bengkel ini juga terisi dengan pengisian kempen kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" dan Advokasi.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Sebagai kesimpulannya, program motivasi merupakan medan yang terbaik untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang cemerlang. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah menghantar anak mereka untuk menyertai program motivasi yang sesuai untuk anak-anak mereka. Jangan biarkan masa anak-anak terbiar dan tidak diisi dengan aktiviti yang tidak berfaedah semasa cuti sekolah yang panjang. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama warga Maahad tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub yang sangat awesome. Semoga beroleh kejayaan UPSR nanti!

_"The Power of Networking Always Don't Talk To Strangers_"

>

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali