KEM ICT PASCA PT3 – SMK SERI SETIA

8 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 sehingga 7 NOVEMBER 2018 (ISNIN-RABU), PI Kg Quop dengan kerjasama daripada beberapa buah Pusat Internet untuk menjayakan Kem ICT Pasca 3 SMK Seri Setia, Tabuan Jaya. Antara Pusat Internet yang terlibat adalah PI PPR Taman Malihah, PI PPR Taman Dahlia, PI PPR Batu Gong, PI Kg setia, PI Sg Bandung, PI Bengoh dan PI Kg Tebelu.

Kem ini berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 November 2018 pada jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang yang bertempat di Dewan SMK Seri Setia.

Seramai 200 orang pelajar Tingkatan 3 disasarkan menyertai Kem ICT ini. Antara intipati kem yang berlansung selama tiga hari adalah Kempen Klik Dengan Bijak, pengenalan terhadap ICT, pengenalan kepada e-kelas dan latihan/aktiviti dalam kumpulan. Selain itu, ceramah mengenai “Google Safety Training” juga disediakan dimana pelajar didedahkan ciri-ciri keselamatan yang patut diamal semasa berada di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali