Taklimat KDB dan Advokasi 2018 (PASCA PT3)

24 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 OKTOBER 2018 (SELASA), PI PPR Taman Malihah bersama PI PPR Taman Dahlia telah bergabung untuk mengadakan sesi taklimat mengenai isu siber, dan “Check your Label”. Taklimat yang dijalankan lebih menyentuh kepada isu buli siber dan “cyber grooming” di mana isu tersebut amat relevan terutamanya kepada remaja. Akses internet mudah yang terdapat pada zaman ini menyebabkan kebangkitan dan peningkatan yang mendadak sehingga menjadi satu masalah yang serius. Melalui taklimat ini, para pelajar diharapkan lebih peka dan berhati-hati apabila berada di media sosial.

Selain itu, taklimat mengenai “Check Your Label” dan e-waste juga diberikan kepada pelajar kerana hampir semua remaja pada masa kini mempunyai telefon pintar atau gajet sendiri. Pelajar akan mempelajari cara untuk memastikan keaslian dan keselamatan gajet mereka. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara pelupusan barangan eletronik.

Seramai 109 pelajar Tingkatan 3 SMK (A) Tun Ahmad Zaidi yang turut serta untuk taklimat bersama beberapa orang guru.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan Kelas yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi taklimat:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali