Taklimat KDB dan Advokasi 2018

20 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2018 (JUMAAT), PI PPR Taman Malihah, PI PPR Taman Dahlia dan PI PPR Batu Gong telah bergabung untuk mengadakan sesi taklimat mengenai isu siber, dan“Check your Label”. Taklimat yang dijalankan lebih menyentuh kepada isu buli siber dan “cyber grooming” di mana isu tersebut amat relevan terutamanya kepada remaja. Akses internet mudah yang terdapat pada zaman ini menyebabkan kebangkitan dan peningkatan yang mendadak sehingga menjadi satu masalah yang serius. Melalui taklimat ini, para pelajar diharapkan lebih peka dan berhati-hati apabila berada di media sosial.

Selain itu, taklimat mengenai “Check Your Label” juga diberikan kepada pelajar kerana hampir semua remaja pada masa kini mempunyai telefon pintar atau gajet sendiri. Pelajar akan mempelajari cara untuk memastikan keaslian dan keselamatan gajet mereka. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara pelupusan barangan eletronik. Seramai 161 pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Hajjah Laila Taib yang turut serta untuk taklimat bersama beberapa orang guru.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri taklimat yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali